Posts

Showing posts from May, 2021

TAJUK : PENGURUSAN BILIK DARJAH

Image
Korang tahu tak apa maksud bilik darjah ? Rasanya ramai yang akan jawab, “ala, tempat kita belajar lah dekat sekolah.” Kalau begitu, jawapan anda hampir tepat, tapi tidak sepenuhnya. Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan beberapa pihak iaitu sebilangan murid dengan guru. Secara ringkasnya, bilik darjah ini adalah tempat murid menimba ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh guru-guru. Justeru itu, bilik darjah hendaklah diuruskan dengan sebaik mungkin oleh para guru agar mampu menjadi sebuah ruang menimba ilmu yang terbaik buat para pelajar serta memudahkan segala proses di dalam bilik darjah tersebut. Apa itu pengurusan bilik darjah? Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai suatu tindakan atau strategi yang dipraktikkan oleh guru-guru untuk memastikan keadaan persekitaran di bilik darjah sentiasa terkawal dan memudahkan mereka melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran( PdP). Pengurusan bilik darjah yang baik a