HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

HAI, SEBELUM KITA PERGI DENGAN LEBIH LANJUT, APA KATA KITA BERKENALAN DULU DENGAN AHLI-AHLI KUMPULAN UNTUK PROJEK KREATIF KAMI? ORANG KATA TAK KENAL, MAKA TAK CINTA.💜💜💜







SHILA ANAK RENTAP
D20201094205
AT32-ISMP SEJARAH



DIANA EVA ELNA ANAK GARIT
D20201094206
AT32-ISMP SEJARAH



NUR FATHIHAH BINTI NASHARUDDIN
D20201094207
AT32- ISMP SEJARAH



MAISAILA ATHIKAH BINTI MOHD AZLAN

D20201094208

AT32-ISMP SEJARAH



NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAINI ABDULLAH




TAJUK : UNIT 2 - HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 

SENARAI ISI KANDUNGAN :

1) ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA MASYARAKAT TRADISIONAL DARI ASPEK PEMBANGUNAN INSAN DAN MASYARAKAT

2) ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PENJAJAHAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

3) ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PASCA MERDEKA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

4) ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA SEMASA DAN MASA DEPAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA



ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA MASYARAKAT TRADISIONAL DARI ASPEK PEMBANGUNAN INSAN DAN MASYARAKAT



Hala Tuju Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Era Tradisional Dari Aspek Pembangunan Insan Dan Masyarakat


PENGENALAN

Semasa era masyarakat tradisional pendidikan hanyalah satu keperluan sebagai ikhtiar hidup dalam masyarakat seperti memburu, bertani, bertukang, dan nelayan. Dengan hidup berkeluarga dan bermasyarakat, pendidikan diberi perhatian kepada perbezaan gender dan status sosial dalam masyarakat. Era tradisional ini merupakan salah satu bentuk pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun-temurun yang diwariskan kepada generasi seterusnya. Pembangunan insan berdasarkan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal. Pendidikan era masyarakat tradisional diajar oleh ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Ibu bapa khususnya memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Perkembangan pendidikan pada era ini juga telah menghasilkan Sekolah Pondok dan Madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas. Pembelajaran yang diajar berteraskan kepada agama Islam seperti Tauhid, Akidah dan Akhlak. Intitusi pendidikan berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam ini mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai agama pada setiap masa dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Hala tuju pengajian pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan Islam yang diterapkan dalam pembelajaran. 


A) ADAT, ADAB DAN WARISAN

Bagi pengajaran tentang adat, abad dan warisan ketika itu ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat yang mengambil peranan untuk mengajar. Antara pengisian pembelajaran era tradisonal dari aspek adat, adab dan warisan ialah seperti mengajar dalam pembentukan akhlak seseorang. Ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat akan memberi pendedahan tentang etika, budi bahasa dan adab sopan kerana pembentukan akhlak seseorang itu bermula dari ahli keluarga itu sendiri macam mana ahli keluarganya membentuknya. Selain itu, pengisian pembelajaran dari segi keselamatan pula, ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat memberi tumpuan kepada ilmu pertahankan diri seperti memberi galakan kepada pengajaran tentang ilmu silat untuk pendidikan era tradisional. Pengisian pembelajaran juga ada berkiatan dengan ekonomi. Contohnya, kegiatan ekonomi seperti ilmu pertukangan dan ukiran, pertanian, perniagaan, pelayaran, penangkapan ikan dan perburuan ada didedahkan ketika era tradisional tersebut. Antara institusi bagi mendapatkan pendidikan era tradisional ini kebanyakannya berada di rumah, madrasah, masjid dan istana.


B) AGAMA ISLAM

Pengajaran agama Islam pula, antara yang berperanan dalam aspek ini ialah ibu bapa, tuan guru, lebai, tokoh agama yang merupakan saudagar, pedagang dan pendakwah Islam dari Timur tengah yang bergelar Sayyid, Sheikh atau Maulana. Antara pengisian pembelajaran ialah bahagian kurikulum yang dipentingkan dari aspek fardu ain dan fardu kifayah yang bersumberkan seperti al-Quran, al-Hadis serta kitab-kitab yang dibawa dari tanah Arab dan Mesir. Perkara yang pelajari ketika era tradisional itu ialah pengajian al-Quran, Hadis, Fiqh, Tauhid dan Tasawuf, Bahasa Arab dan tulisan jawi. Pengajarnya pula terdiri daripada para saudagar, pedagang dan pendakwah Islam dari Timur Tengah. Untuk pengisian pembelajaran akhlak pula ialah Akhlak Rasulullah dan peribadi muslim. Bagi pengajaran agama Islam ketika era tradisional ini, institusi yang dipilih ialah seperti di istana, rumah pembesar, madrasah, masjid dan pondok. Pembelajaran agama dijalankan pada waktu petang dan juga pada waktu malam.


C) UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Pengajaran tentang undang-undang dan peraturan ini adalah bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan. Antara pengajaran undang-undang dan peraturan yang didedahkan ketika era tersebut ialah Hukum Kanun Melaka. Ia adalah bermula dengan kemunculan Melaka dan adat Melayu menjadi asas hukum. Kanun adalah merupakan moraliti dan keadilan, menghormati tradisi dan struktur sistem kekeluargaan. Hukum Kanun Melaka ini mengandungi unsur Melayu dimana hukum adat juga hukum Islam.  Dalam Hukum Kanun Melaka ini mencakupi 44 fasal yang meliputi persoalan adat. Selain itu, pengajaran tentang Undang-undang Laut Melaka juga didedahkan ketika era tersebut. Dalam Undang-undang Laut Melaka ialah menjelaskan tugas nakhoda yang diberi kuasa seperti seorang Raja (Raja di Laut). Undang-undang laut ini dilaksanakan dilaut dan di kapal sahaja.


D) PATRIOTISME 

Pendidikan era masyarakat Melayu tradisional juga turut mempelajari tentang patriotisme. Hal ini dikatakan sedemikian kerana patriotisme ini bertujuan melahirkan rakyat yang setia dan mendaulatkan raja. Dengan mempelajari patriotisme ini dapat meluaskan empayar kerajaan kerana rakyatnya yang setia. Bukan itu sahaja, rakyat yang berpatriotisme ini dapat mempertahankan raja dan tanah air seperti yang kita lihat pada tokoh perjuangan ketika era masyarakat tradisional dahulu dimana mereka sanggup berkorban nyawa demi negara dan bangsa. Dengan adanya rakyat yang setia dapat membentuk negeri yang stabil dan aman kerana mereka mempunyai nilai patriotisme ini yang diajar ketika era tersebut. Keselamatan raja, pembesar dan rakyat pula terjamin kerana rakyat mereka sentiasa mempunyai semangat nasionalisme dalam menjaga keamanan negara.


E) KOMUNIKASI

Hala tuju pendidikan era masyarakat Melayu tradisional dari aspek komunikasi ialah pendidikan bertujuan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa “lingua franca”. Contohnya, masyarakat era tradisional ini menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan seperti urusan pentadbiran, hubungan diplomatik dan perdagangan. Bahkan, penggunaan tulisan jawi juga digunakan sebagai tulisan rasmi persuratan. 


F) MASYARAKAT

Dari aspek masyarakat pula ialah pendidikan bertujuan membentuk masyarakat bersatu padu, aman dan harmoni. Hal ini dikatakan sedemikian dapat dilihat melalui antara masyarakat Melayu yang pelbagai keturunan contohnya Melayu, Bugis, Jawa, Banjar, Kampar, Rawa, Minang, Mandailing dan lain-lain lagi. Selain itu juga, pembentukan masyarakat yang bersatu padu juga dapat dilihat daripada antara pelbagai kaum seperti terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Siam, Kadazan, Iban, pribumi orang asal dan lain-lain lagi. Keadaan ini menunjukkan masyarakat yang bersatu padu mampu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, matlamat pendidikan ialah pendidikan dapat membentuk kestabilan dan keharmonian masyarakat. Falsafah pendidikan ketika era masyarakat tradisional ialah terdiri daripada metafizik, epistemologi dan aksiologi. Dari aspek metafizik, raja adalah bayangan Tuhan, raja berdaulat, Tuhan adalah pencipta dan kepercayaan dan ketaatan sangat penting. Dari aspek epistemologi pula, ilmu untuk kehidupan adalah terdiri daripada agama, kesatria, komunikasi, pentadbiran, perdagangan, undang-undang informal, lisan dan tulisan dan bersemuka. Ilmu ini sangat penting dalam meneruskan kehidupan sebagai manusia. Selain itu juga, dari aspek aksiologi lebih kepada etika iaitu adab, adat, kiasan, tamsil dan ibarat. 





ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PENJAJAHAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA



                                gambar di atas adalah sekolah, guru dan murid-murid pada zaman penjajahan


Kriteria-kriteria

1.Matlamat Pendidikan
2.Jenis Pendidikan
3.Institusi Pendidikan
4.Kurikulum 

Pengenalan 

Negara kita Malaysia telah dijajah selama hampir 440 tahun oleh penjajah. Kuasa luar tersebut adalah Portugis, Belanda, British dan Jepun iaitu bermula dari tahun 1511 sehingga tahun 1945. Portugis merupakan kuasa luar pertama yang telah menjajah Tanah Melayu bermula dari tahun 1511 hingga tahun 1641, iaitu lebih kurang 130 tahun. Namun tidak banyak perubahan yang berlaku pada zaman penjajahan ini kerana Portugal gagal meluaskan pengaruhnya apabila kesemua usaha untuk menawan Naning dan Rembau gagal. Perubahan yang amat ketara apabila British mula menguasai negeri-negeri Melayu. British telah melakukan banyak perubahan terhadap sistem penddidikan di Tanah Melayu ketika itu. Antara perubahan yang dapat dilihat adalah dari aspek matlamat pendidikan, jenis pendidikan, institusi pendidikan dan kurikulum.


A.Matlamat pendidikan 

Matlamat pendidikan pada zaman era penjajahan adalah lebih kepada mengekalkan kedudukan mereka di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi, dan sosial mereka di Tanah Melayu. Mereka yang dimaksudkan adalah penjajah British. Pada zaman penjajahan, British ingin menguasai seluruh Tanah Melayu, mengekalkan kekuasaannya dan menyebarkan pengaruh agama Kristian di situ. Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak British telah memperkenalkan sebuah dasar iaitu Dasar Pecah dan Perintah. Dasar ini sedikit secara tidak langsung mempengaruhi pendidikan di Tanah Melayu ketika itu. Contohnya, pihak Britsh telah memperkenalkan pelbagai jenis sekolah ketika itu. Hal ini bertujuan bagi memisahkan kaum-kaum yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu dengan mewujudkan sekolah vernakular yang dibangunkan  mengikut lokasi kaum. Matlamat British ini dilihat sebagai serampang dua mata, iaitu  mengekalkan kedudukan mereka di samping membesarkan jurang perpaduan antara kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu. Di sini kita dapat lihat bahawa matlamat pendidikan pada era penjajahan adalah kurang memberi tumpuan terhadap pembangunan insan dan negara kerana pihak 
penjajah itu sendiri iaitu pihak British adalah lebih tertumpu dan menekankan kepentingan sendiri. Usaha yang dilakukan terhadap pendidikan negara ketika itu dari aspek institusi mahupun kurikulum adalah hanya untuk mengambil hati para pembesar Melayu ketika itu dan bukannya benar-benar mahu memberikan pendidikan yang sempurna kepada seluruh masyarakat.


B.Jenis pendidikan

            Jenis pendidikan pada zaman era penjajahan dapat dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan formal dan pendidikan informal. 
            Bagi pendidikan jenis informal, pendidikan ini biasanya tidak memerlukan tenaga pengajar yang bertauliah atau institusi pendidikan yang diiktiraf. Pendidikan informal sering berlaku dalam kehidupan sehari-hari dalam hidup seseorang. Dalam konteks pendidikan jenis ini, keluarga adalah sebagai institusi utama dalam menyampaikan pendidikan dan ibu bapalah yang memainkan peranan utama. Proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung berlaku di rumah melalui pemerhatian, penglibatan, nasihat dan teguran. Contohnya, anak lelaki kebiasaannya diajar untuk membantu ayah mereka dalam kegiatan luar rumah atau kegiatan ekonomi keluarga seperti bersawah, berkebun dan membina rumah. Bagi anak perempuan pula, mereka dididik dan diasuh dengan perkara berkaitan rumah tangga. Contohnya, memasak, mencuci pakaian, mengemas rumah dan menjahit. Hal ini dikatakan sebagai persediaan mereka dalam alam perkahwinan kelak iaitu menjadi suri rumah tangga. Bukan itu sahaja, ibu bapa turut berperanan dalam mendidik anak-anak dari aspek agama, kesantunan, dan moral anak-anak. Tamsilnya, dari aspek agama ibu bapa hendaklah memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak dengan mengajar mereka ilmu-ilmu agama yang diambil dari Al-Quran, kitab-kitab agama dan panduan ilmu agama yang lain. Hal ini dapat mendedahkan anak-anak dengan perkara yang dituntut dan dilarang oleh agama.
        Bagi pendidikan jenis formal pula, pihak British telah memperkenalkan sekolah vernakular dan sekolah Inggeris. Sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah-sekolah ini diadakan secara terasing mengikut lokasi kaum. Contohnya, sekolah bagi kaum Melayu dibangunkan di kawasan kampung, sekolah bagi kaum Cina dibangunkan di kawasan perlombongan dan bandar-bandar manakala sekolah bagi kaum India pula dibangunkan di kawasan ladang dan estet-estet getah. Sekolah Inggeris pula telah dibangunkan di kawasan bandar. Di sini kita dapat lihat bahawa pemisahan sekolah-sekolah mengikut lokasi ini adalah salah satu cara British mengukuhkan Dasar Pecah dan Perintah mereka iaitu dengan memisahkan kaum-kaum yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu.


C.Institusi pendidikan

        Institusi pendidikan pada era penjajahan juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu mengikut jenis pendidikan, pendidikan formal dan pendidikan informal. 
        Bagi pendidikan informal, pendidikan berlaku di sekolah pondok dan madrasah. Bagi pendidikan formal pula, pendidikan berlaku di sekolah-sekolah vernakular yang telah diwujudkan.


D.Kurikulum

        Pada era penjajahan, kurikulumnya adalah dibawa dari negara asal masing-masing. Begitu juga dengan buku teks, peperiksaan, sukatan pelajaran dan tenaga pengajar di mana semua ini dibawa dari negara asal masing-masing misalnya bagi sekolah vernakular Cina, kurikulum, buku teks, peperiksaan, sukatan pelajaran dan tenaga pengajar adalah dibawa khas dari negara China. Antara kurikulum yang dijalankan di sekolah vernakular Cina adalah hafalan klasik lama, ilmu hisab,nyanyian dan banyak lagi. Bagi sekolah vernakular Melayu pula, antara mata pelajaran yang diajar adalah mengeja, menulis, mengarang dan membaca. Bagi sekolah vernakular Tamil pula, kurikulumnya juga dibawa dari India dan  pihak British telah melantik seorang nazir berbangsa Eropah untuk mengendalikan pengurusan sekolah-sekolah vernakular tersebut. Pada zaman penjajahan tersebut, sekolah Inggeris seakan-akan diberi tumpuan lebih kerana mempunyai kemudahan yang lebih baik dan kurikulumnya pula adalah sangat baik di mana pihak British menyediakan pelajarnya untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. Melihat kepada kurikulum yang disediakan ketika ini, pihak British seakan-akan mementingkan sekolah Inggeris dan mengambil jalan mudah terhadap sekolah vernakular-vernakular yang ada. Buktinya, setiap sekolah vernakular dibenarkan menggunakan kurikulum, tenaga pengajar, dan sukatan mata pelajaran dari negara masing-masing. Kenapa tidak pihak British menggunakan satu sukatan kurikulum yang sama untuk setiap sekolah ? Kenapa tidak menyeragamkan kesemua sukatan dan membiarkan semua sekolah menggunakan sukatan yang sama? Jika menggunakan sukatan yang sama, sudah pasti setiap rakyat pada ketika itu mendapat pendidikan yang sama dan dapat saling menolong dalam konteks pendidikan. Jelaslah bahawa ketika itu, usaha yang British lakukan bukanlah tertumpu terhadap pembangunan insan dan negara, malah lebih kepada matlamat mereka  yang ingin menguasai Tanah Melayu.


KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu telah membawa banyak perubahan. Salah satu perubahan yang dapat dilihat adalah dari aspek pendidikan iaitu polarisasi pendidikan, pendidikan formal dan pendidikan vernakular. Kedatangan kuasa luar ini yang hanya ingin menguasai Tanah Melayu ketika itu telah berusaha untuk mengukuh kuasa ekonomi, politik, sosial dan agama. Pengenalan dasar pecah dan perintah telah membawa kepada wujudnya sekolah-sekolah vernakular di Tanah Melayu. Namun di sini kita dapat simpulkan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu membawa perubahan yang agak sederhana dalam aspek pendidikan, dan kurang membawa kepada pembangunan insan dan negara.




ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA  PASCA MERDEKA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA


HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PASCA MERDEKA


1.Laporan Rahman talib 1960

Laporan Rahman Talib 1960 ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Laporan ini diketuai oleh En. Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran pada ketika itu. Dalam usaha untuk mengemas kini dan mengkaji semula kandungan di dalam Penyata Razak, maka pada tahun 1959, satu kajian semula diadakan. Hasil daripada penyemakan inilah, maka Laporan Rahman Talib diwujudkan pada tahun 1960 dan kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961). Tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak serta kesan-kesannya dalam perlaksanaannya. 

Cadangan yang dinyatakan dalam penyata Rahman talib ialah semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan bagi sekolah menengah. Selain itu, Penguasaan Pelajaran Tempatan yang ditubuhkan di bawah rancangan Penyata Razak (1957) adalah didapati kurang sesuai dan mencadangkan pembentukan Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempatnya. Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan diluluskan, kemudian dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta 1961 itu. Seterusnya, sekolah rendah inggeris mula menggunakan Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu semakin diperluaskan di semua sekolah. 


2.Akta Pelajaran 1961

Akta pelajaran 1961 ini menegaskan bahawa matlamat utama dasar pelajaran ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakan pembangunan ekonomi, politik dan sosio-budaya. Prinsip umum Akta 1961 yang dibentuk selaras dengan ordinan pelajaran 1957 digunakna untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cekap. Akta Pelajaran 1961 adalah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Penyata Razak 1956. Laporan yang dikemukan ialah adalah pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu. Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkansatu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberi tumpuan atau penekanan kepada penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid. 


3.Laporan Hussein Onn 1971

Laporan Hussein onn 1971 adalah bertujuan untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara iaitu penyediaan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Hal ini dapat ditampung dalam sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. alaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempertingkatkan pembangunan negara. 


4.Laporan Jawatan-Kuasa kabinet 1979

Laporan jawatan-kuasa kabinet 1979 bertujuan untuk memastikan perpaduan kaum di Malaysia terbentuk di samping membina masyarakat yang maju dari aspek politik, sosial dan ekonomi untuk menbangunkan bangsa dan negara. Laporan ini telah mencadangkan agar pendidikan menengah atas dibahagikan kepada dua jurusan iaitu akademik dan vokasional. Laporan ini juga mencadangkan agar peluang untuk melanjutkan persekolahan ditambah daripada 9 tahun kepada 11 tahun. Pendidikan percuma akan diberikan kepada semua pelajar. Laporan jawatan-kuasa kabinet 1979 adalah untuk mengukuhkan Bahasa Melayu dan kurikulum kebangsaan yang beridentiti Malaysia. 


5.Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 

Rang undang-undang pendidikan 1995 menjadikan pendidikan yang bertaraf dunia seiring dengan peredaran masa dan menaik taraf infrastruktur pendidkan . rang undang-undnag pendidikan 1995 juga meluaskan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi. Kurikulum bersepadu yang berbentuk KBSR dan KBSM diperkenalkan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwartakan menggantikan Falsafah Pendidikan Negara.  


6.Akta Pendidikan 1996

Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. 

Sistem Pendidikan Kebangsaan meliputi semua peringkat iaitu pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Sistem Pendidikan Kebangsaan diwujudkan 3 kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Bahasa Kebangsaan diperuntukan dengan jelas bahawa Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan oleh Menteri Pendidikan. Kurikulum Kebangsaan wajib digunakan oleh semua sekolah dalam Ssistem Pendidikan Kebangsaan. Penilaian Dan Peperiksaan murid-murid daripada semua jenis dan kategori sekolah disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Pendidikan Prasekolah diperuntukan sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Penubuhan dan penyenggaraan tadika berada di bawah kuasa Menteri Pendidikan di mana program dan aktiviti dirancang mengikut garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri Pendidikan. Pendidikan Islam dijadikan salah satu daripada mata pelajaran teras. Pendidikan teknik boleh mengadakan program pengajian program peringkat sijil, diploma atau lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan dengan institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negeri. Pendidikan guru boleh mengendalikan program pengajian di peringkat ijazah dan lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan melalui program kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi atau universiti dari dalam atau luar negeri. Institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau kedua-duanya dikehendaki mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan. 



ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA SEMASA DAN MASA DEPAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA


PENGENALAN

Hala tuju pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubalkan. Hal ni bertujuan, untuk melahirkan generasi masa depan yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek, emosi,rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Perkembangan pendidikan yang berlaku di Malaysia adalah dari suatu kesinambungan warisan yang panjang bermula dengan sistem pendidikan agama (sebelum 1511) kepada sistem pendidikan vernakular ketika era penjajahan (1511-1956) kemudiannya sistem pendidikan kebangsaan mengikut acuan barat selepas kemerdekaan (1957-1999). Selepas itu, sistem pendidikan kebangsaan mengikut acuan Malaysia yang menggunakan kurikulum kebangsaan bersepadu dan kini kepada kurikulum standard yang berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Rukun Negara, dasar-dasar negara,matlamat negara dan sebagainya. Namun begitu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dinyatakan secara tersurat sebelum tahun 1988. Oleh hal yang sedemikian, hasrat dan matlamat pendidikan telah digambarkan melalui penyata, akta dan laporan-laporan seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Sistem pendidikan ini juga adalah untuk melahirkan ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak dan berketerampilan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.


CIRI-CIRI HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ERA MASA KINI DAN MASA DEPAN (2000+)

Perluasan pendidikan awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah,menengah, IPT.

Kukuh sekolah kebangsaan.

Pengukuhan bahasa kebangsaan dan bahasa kedua.

Kukuhkan kurikulum kebangsaan (KSSR & KSSM)

Kelas pertama.

Hab pendidikan dunia.

Martabat bahasa Melayu dan kukuh bahasa Inggeris.

Perkasakan pendidikan teknikal


HALA TUJU PENDIDIKAN MASA KINI DAN MASA DEPAN

1.PERKARA : AKSES PENDIDIKAN

Seluruh warganegara atau anak-anak di Malaysia mendapat hak yang sama rata. Hal ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia  telah berusaha mengurangkan jurang perbezaan di dalam sistem pendidikan dengan melaksanakan dasar untuk memastikan kesemerataan anak-anak Malaysia dapat bersekolah samaada miskin atau kaya. Contohnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi peruntukan sebanyak RM 1 billion untuk keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program pembangunan pendidikan dalam usaha menangani ketaksamaan pendidikan di negara ini. Antara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah Bantuan Pendidikan ( RMT,Skim Susu,derma), Pinjaman Buku Teks dan asrama harian.


2.PERKARA : EKUITI PENDIDIKAN

Ekuiti pendidikan bertujuan untuk mengurangkan jurang pendapatan,sosioekonomi dan gender dalam kalangan pelajar di bandar dan di luar bandar. Sebagai contoh, jurang gender di antara pelajar perempuan dan lelaki. Negara Malaysia yang tercinta mendokong aspirasi pembelajaran sepanjang hayat dengan menyokong pendidikan awal hinggalah kepada pendidikan tertiari dan peringkat pendidikan pasca-siswazah. Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan peluang telah didominasikan oleh golongan perempuan. Faktor ini terjadi kemungkinan kerana isu minat pelajar terhadap mata pelajaran dan isu pencapaian akdemik pelajar perempuan lebih baik berbanding pelajar lelaki. Ini terbukti apabila jumlah kemasukan pelajar perempuan di Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara mencatatkan peratusan melebihi 70 sejak akhir-akhir ini. Antara cadangan penyelesaian isu gender ialah guru haruslah mengetahui kaedah dan pendekatan pelajaran pengajaran yang lebih kreatif dan inovasi, kursus pendidikan guru haruslah memberi fokus dalam perbezaan gender antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki dan kerajaan juga haruslah mengadakan ceramah di sekolah untuk menggalakkan pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.  Hal ini akan membolehkan kita untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain dalam melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang mampu meletakkan nama negara Malaysia yang tercinta di persada dunia.


3.PERKARA : KUALITI PENDIDIKAN

Kualiti pendidikan bertujuan untuk melonjakkan pencapaian negara dalam kelompok teratas dalam pentafsiran antarabangsa seperti Programme for International Student Asessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dalam masa 15 tahun. Selain itu, menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca. Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan. Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi mengatasi masalah ini. Antara langkah yang telah diambil untuk menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia ialah dengan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Begitu juga dengan penggredan universiti salah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. 


4.PERKARA : PERPADUAN

Perpaduan ialah menghargai nilai, budaya dan pengalaman dari pelbagai kaum dan etnik dapat diterapkan kepada pelajar. Pendidikan sebagai alat membentuk perpaduan kaum. Antara contohnya, langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum ialah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara kaum dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Selain itu, mewujudkan kurikulum yang sama. Kenyataan ini,menunjukkan bahawa kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.   Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan sebenarnya telah diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979 bertujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan, hal ni supaya pendidikan diberi keutamaan kepada semua murid sehingga tingkatan 5 di sekolah dengan menggunakan sukatan pelajaran yang sama.


5.KECEKAPAN SISTEM

Kecekapan sistem bertujuan untuk memastikan kecekapan sistem pendidikan ke arah keberhasilan pengajaran guru dan kemenjadian pelajar-pelajar pada masa kini. Kecekapan penyampaian, kawalan dan pengurusan menentukan keberhasilan pendidikan. Penyediaan pengajaran guru yang cekap melalui latihan guru yang profesional dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti untuk negara. Selain itu, tahap pendidikan yang tinggi diperlukan oleh seseorang guru seperti seorang guru perlu menjalani tempoh pengajian tinggi di institusi pendidikan dulu tempoh 4-5 tahun untuk mendalami pengetahuan dan kefahaman, kemahiran kaedah dan teknik dan amalan nilai profesional agar dapat melahirkan pelajar yang mendalami ilmu pengetahuan yang tinggi. 


Sekarang anda semua sudah faham mengenai perkembangan pendidikan negara kita? Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog kami yang tak seberapa ni. Maklumlah, ni pertama kali buat blog katakan. Terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik dalam menjayakan projek kreatif KPF3012 ini. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada Encik Zaini yang tidak pernah jemu memberikan penjelasan kepada kami, menerangkan projek ini dengan baik, dan memberi tunjuk ajar yang boleh kami katakan cukup cemerlang.💓

Comments